[VlDEO] “Kau Dah AlBkan Orang”- Main TikT0k Masa Kerja, Etika Akak Uniform DipersoaI

Setiap individu yang bekerja di bawah majikan, pasti sedia maklum mengenai nilai dan etika ketika menjalankan tugas selaras dengan peraturan dalam sesebuah organisasi.

Apatah lagi sekiranya penjawat awam terutama badan beruniform, sudah tentu dilarang memburukkan reputasi kerana imej mereka dipandang tinggi oleh masyarakat.

Terbaharu, seorang anggota beruniform wanita menjadi bualan di laman Twitter apabila didkwa merakam sebuah video ketika bertugas sebelum memuat naik ke aplikasi TikT0k.

Akaun @My_CrimeWatch berk0ngsi video 39 saat itu memaparkan anggota tersebut merakam dirinya yang beruniform serta seorang individu dipercayai ‘suspek’ atau Orang Kena Pngawasan (0KP) ketika dalam perjalanan ke mhkamah.

“Bermain aplikasi TikT0k ketika sedang bertugas dan menyarung uniform adalah suatu perbuatan yg menyaIahi budaya kerja.

“Tidak kiralah jika anda dari PD RM, ATM, Jabatan Pnjara Malaysia, AA.DK & sbg nya. Apatah lagi jika anda menjadikan wajah 0KP/0KT/svspek sebagai “c0ntent”,” tulis @My_CrimeWatch

Difahamkan, mereka menaiki sebuah kereta poIis yang dibunyikan siren dimana pemandu serta penumpang hadapan juga lengkap berpakaian uniform.

“Sila beri laluan ye. Sis nak ke mhkamah ni,” tulis kapsyen dalam video berkenaan.

Ciapan video tersebut diulang kicau sebanyak 4,900 kali dan menerima hampir 4,00 tanda suka selain ratusan k0men netizen yang mempersoaIkan tatatertib kerja anggota itu dalam menjalankan tugas.

Malah, ada yang menyifatkan anggota terbabit ‘dahagakan’ perhatian demi meraih tontonan warganet sekali gus tidak mengambil kisah mengenai ‘a1b’ individu yang duduk di sebelahnya.

Takde masaIah, cari masaIah. Semuanya demi secebis ‘like’? Tak salah kalau nak berTikT0k, tapi janganlah pakai uniform. Sorang buat salah, habis semua pihak terkena tempiasnya!

Sumber: Twitter @My_CrimeWatch, OMM

Be the first to comment on "[VlDEO] “Kau Dah AlBkan Orang”- Main TikT0k Masa Kerja, Etika Akak Uniform DipersoaI"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*