[VlDEO] Layan lsteri Dengan Lembut, Suami Suap lsteri Makan Raih Pujian

Setiap pasangan suami isteri mempunyai cara tersendiri untuk menunjukan kasih sayang. Ada sebahagian daripada mereka suka diucapkan dengan kata-kata dan ada juga yang cukup dengan tindakan.

Tidak kisahlah bagaimanapun caranya, jika apa yang dilakukan tulus dari hati, orang yang melihat juga akan turut rasa bahagia dan terharu sama.

Suap isteri penuh kasih sayang

Hal ini samalah seperti perk0ngsian seorang pengguna TikT0k dikenali sebagai @YanaAr004 apabila memuat naik satu video menunjukan seorang lelaki pertengahan umur yang menyuap seorang wanita berkerusi roda dipercayai isterinya makan di sebuah kedai makan.

Sendiri tak makan lagi

Dapat dilihat juga yang dia lebih tekun menguruskan isterinya makan sehingga selesai sedangkan dia sendiri belum menjamah makanan yang dipesan.

Memang selalu nampak abang ni layan isteri dia lembut

Menjengah ke ruangan k0men, ada pengguna TikT0k yang mengenali lelaki tersebut dan mengakui yang dia sangat lembut dalam menjaga isterinya.

Contoh lelaki yang baik

Sehubungan dengan perk0ngsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggaIkan k0men dengan memuji tindakan mulia seorang suami yang sangat menghargai isteri walau dalam apa keadaan sekalipun.

Mereka juga mendoakan agar pasangan berkenaan terus diberikan kesihatan yang baik serta masing-masing bahagia hingga ke syurga kelak.

Sumber: TikT0k @yanaAr004, OMM

Be the first to comment on "[VlDEO] Layan lsteri Dengan Lembut, Suami Suap lsteri Makan Raih Pujian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*