Keputusan Ujian MakmaI Mendapati Objek Ditemui Wanita Bukan Mntah Ikan Paus

Baru-baru ini tersebar tentang seorang wanita mendkwa dia menjumpai mvntah ikan paus di perairan Marang.

Bagaimanapun, hasil kajian yang dijalankan pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mendapati objek tersebut bukanlah mntah dari haiwan terbabit.

Kajian itu disahkan oleh Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) UMT, Profesor Madya Dr Hasrizal Shaari yang mengambil masa hingga satu minggu untuk melakukan ujian ke atas objek terbabit.

Ujian menunjukkan objek terbabit tidak memiliki tiga bahan aktid utama pada ikan paus.

Tiga bahan utama itu adalah ambrein (25 hingga 45 peratus), epicoprosterol (30 hingga 40 peratus) dan coprostanone (3 hingga 4 peratus). Jadi secara tidak rasmi saya mengesahkan bahan berkenaan bukan mntah ikan paus. – katanya.

Pihak UMT turut memaklumkan telah menerima 18 sample objek didkwa mntah ikan paus tapi semuanya tidak memilik ambergris.

Bahan itu kemungkinan lemak sayur dan sebagainya yang terkumpul atau gumpalan sisa lain yang dibuang ke laut, tetapi hasil kajian ia terbukti bukan ambergris.

Untuk pengetahuan korang, UMT adalah satu-satunya universiti yang mampu melakukan kajian serta mengesahkan ketulenan sampel ambergris.

Kredit: Harian Metro

Be the first to comment on "Keputusan Ujian MakmaI Mendapati Objek Ditemui Wanita Bukan Mntah Ikan Paus"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*