[VlDEO] Shila Hamzah Sudah Failkan CERAl, Suami Tak Mahu KeIuar Rumah

Tiada angin tiada ribut, perk0ngsian terbaru penyanyi Shila Amzah mengejutkan ramai apabila memaklumkan sudah menfailkan cer4i.

Perkara itu dimaklumkan oleh Shila menerusi Instagram miliknya sebentar tadi. Menerusi entri itu, Shila berkata sudah dua bulan dia bersama anaknya tinggal di rumah kedua ibu bapanya.

Namun, satu demi satu dugaan men1mpa apabila rumah ibu bapanya di Langat dinaiki air dan kini mereka sekeluarga menumpang di rumah makciknya selepas hiIang tempat berteduh.

Kata Shila lagi, percer4iannya masih dalam proses apatah lagi pihak sebelah sana seolah mahu memanjangkan perkara tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Ujarnya lagi, dia tdak boleh bersabar lagi kerana Shila berkata dia kini cuba sebaik mungkin untuk menjaga hati dan nama semua pihak.

Menurut Shila, dia mempunyai rumah di Cyberjaya namun tdak selesa untuk pulang kerana suaminya masih berada di rumahnya.

“Sha dah file cer4i ..but unfortunately still on going process sebab dia decide nak prolong benda ni..Cuma bila dah jadi macamni, sha dah tak boleh nak sabar lagi sebab Sha pun trying my hardest to survive and jaga hati dan nama baik semua orang.

“Sekarang bila tengok rumah di Langat dah jadi macam ni.. rasa sed1h sangat, sebelum ni tumpang berteduh kat rumah mak abah..tapi sekarang kita semua pula hiIang tempat berteduh ,sekarang kita semua tumpang rumah Aunty sha. Sha ada rumah kat Cyberjaya pun tak selesa nak balik sebab si dia masih berada di rumah sha,” tulisnya.

Kata Shila, dia bersama anak dan semua keluarganya tinggal di satu bilik buat sementara waktu sehingga bnjir di rumah ibu bapanya reda.

Terdahulu, Shila mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais kini berusia dua tahun.

Sumber: IG Shila, RK

Be the first to comment on "[VlDEO] Shila Hamzah Sudah Failkan CERAl, Suami Tak Mahu KeIuar Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*