Usahawan Niat Beri Kereta 4×4 Baru, Abang Viva ToIak Jika Untuk Marketing

Nama Azwan Omar ketika ini sedang hangat diperkatakan kerana menjadi Unsung Hero buat mngsa2 bnjir di sesetengah tempat.

Dia yang secara sukarela datang menyeIamatkan dan membantu mngsa2 di kawasan yang ditmpa bncana bnjir dengan bot persendiriannya telah digelar ‘Abang Viva’ memandangkan menaiki kereta tersebut berbekalkan RM50 dari Melaka.

Kisahnya tuIar dan mendapat perhatian media serta orang ramai sehingga ada usahawan yang ingin memberikannya kereta untuk kegunaan peribadi memandangkan jasa yang ditumpahkan kepada mngsa2 bnjir cukup besar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHALICIOUS®️ (@shahasan22)

Berjaya hubungi Abang Viva

Selepas hampir sehari mencari ‘Abang Viva’ di media sosial, usahawan wanita yang dikenali sebagai Sha Hassan telah berjaya menghubungi pemuda tersebut dan bertanyakan kesudiannya untuk menerima pemberian tersebut.

Namun, Azwan dilihat belum memberikan kata putus dan sempat bertanyakan secara jujur sama ada pemberian tersebut untuk tujuan marketing ataupun tidak.

Tanya ni untuk marketing atau bukan

Menurut Azwan lagi, dia tidak mahu terikat dengan mana-mana syarikat atau badan bukan kerajaan (NGO) dan merasakan bukan orang senang untuk menyelenggara kereta yang agak mahal seperti 4×4 andai menggunakan kereta sebegitu.

Walau bagaimanapun, usahawan tersebut sama sekali tidak memaksa dan hanya berniat baik mahu memberikan hadiah buat insan berjasa seperti pemuda tersebut.

Justeru itu, usahawan berkenaan meluahkan rasa syukur kerana dapat menghubungi Azwan sendiri dan bersedia untuk dihubungi kembali andai pemuda itu setuju untuk menerima pemberian ikhlasnya.

Dalam pada itu, Sha Hasan turut memohon orang ramai tidak menggangu ‘Abang Viva’ buat masa ini memandangkan dia sedang sibuk menerusikan misi bntuan di kawasan bnjir dan memerlukan rehat secukupnya selepas berhari-hari diatas bot.

Menjengah ke ruangan k0men, ramai yang memuji respon dari Azwan Omar yang dilihat begitu humble walaupun sudah mendapat perhatian ramai.

Mereka juga berasa kagum dengan pemuda berusia 28 tahun itu kerana langsung tidak mengambil kesempatan dan tetap meneruskan misi menyeIamat dan bntuan kepada mngsa bnjir.

Sumber: Instagram @shahasan22, TikT0k @AyuKohaye71, OMM

Be the first to comment on "Usahawan Niat Beri Kereta 4×4 Baru, Abang Viva ToIak Jika Untuk Marketing"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*