[VlDEO] Tak Biasa Rapat2, Pengantin Perempuan Tersipu MaIu Nak Bergambar Dengan Suami

Setiap hubungan yang sudah halal pasti akan ada kemanisannya. Lebih-lebih lagi jika sembelum bernikah masing-masing menjaga ikhtilat dan tidak terlalu mengikuti kata hati yang sedang dibuai rasa cinta.

Sudah tentu perasaan malu-malu ketika kali pertama bersentuhan menjadi perkara yang sangat gugup dan mendebarkan walaupun dengan pasangan kita sendiri.

Cuit-cuit isteri suruh rapat sikit

Hal tersebut samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikT0k dikenali sebagai @irdinakhairri apabila memuat naik momen kakaknya yang malu-malu untuk bergambar dengan suami setelah sah bergelar isteri.

Menerusi video yang dimuat naik, pengantin perempuan seakan tidak selesa untuk bergambar secara dekat dengan suami walaupun abang ipar kepada pengguna TikT0k berkenaan sudah cuba menarik tangan isterinya.

Situasi Iucu itu telah mendapat lebih dari sejuta tontonan hanya dalam masa 3 jam sahaja selepas dimuat naik.

Bercinta lepas kahwin la ni

Menerusi ruangan k0men, rata-rata warganet berasa Iucu dengan situasi itu kerana muka pengantin lelaki cukup ‘reda’ apabila isterinya masih lagi malu-malu.

Walau bagaimanapun, mereka juga mendoakan agar pengantin baru ini terus bahagia hingga ke syurga dan memperolehi zur1at yang soleh serta solehah di masa hadapan.

Sumber: TikT0k @irdinakhairri, OMM

Be the first to comment on "[VlDEO] Tak Biasa Rapat2, Pengantin Perempuan Tersipu MaIu Nak Bergambar Dengan Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*