Rezeki Jaga Anak2 Ytim, Abang Viva Terima Hadiah Superbike Pula

Selepas bersetuju bagi menerima ha­diah sebuah kereta pacuan empat roda (4×4) daripada seorang usahawan, wira bnjir Azwan Omar dilihat menerima sebuah motosikal berkuasa tinggi pula.

Berdasarkan dua keping foto di Faceb0ok Icity Motoworld Sdn Bhd semalam, Azwan atau popular dipanggil Abang Viva dilihat bergambar bersama motosikal Yamaha XJ6 Diversion itu.

“Terima kasih kepada Abang Viva, buat baik dibalas baik”

Memetik artikeI daripada Moto Malaya, pihak Icity Motoworld memaklumkan bahawa motosikal itu dipercayai telah disumbangkan oleh seseorang yang belum diketahui identitinya.

Bagaimanapun, kesahihan berhubung perkara murni itu masih belum dapat dipastikan lagi. Malah, lelaki berusia 30 tahun itu juga tidak berkongsi mengenai ‘hadiah’ tersebut di akaun Faceb0ok miliknya.

Meninjau ke ruangan k0men, rata-rata warganet bersyukur dan tumpang gembira dengan rezeki lelaki berasal dari Melaka itu atas jasa disumbangkan kepada mngsa2 bnjir sebelum ini.

Terdahulu, Azwan mencipta fenomena di media sosial selepas tuIar kisahnya meletakkan bot di atas kereta Viva dan meredah beberapa kawasan bnjir di Selangor bagi menyeIamatkan ny4wa mngsa.

Selepas menjadi perhatian ramai, satu persatu kisah kebaikannya ‘dib0ngkar’ seperti pernah menjaga dua anak kakaknya yang telah mninggaI dunia meskipun dia sendiri belum berkahwin.

Sumber: Faceb0ok Icity Motoworld Sdn Bhd , Moto Malaya, OMM

Be the first to comment on "Rezeki Jaga Anak2 Ytim, Abang Viva Terima Hadiah Superbike Pula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*