[VlDEO] “Cantik & Makin Berseri” Tampil Berhijab, Ramai Doakan Almy Nadia Kekal Istiqamah

Penampilan sopan aktres, Datin Almy Nadia yang mengenakan hijab ketika bercuti bersama keluarganya di Genting Highland baru-baru ini mencuri tumpuan netizen.

Video mereka sekeluarga sempena cuti persekolahan itu dimuat naik menerusi akaun Instagram milik kelab peminat Almy dan suaminya yang juga aktor, Datuk Fizz Fairuz.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@fizzalmyofficialfc)

Rakaman tersebut memaparkan aktres berusia 36 tahun itu bersama suami dan empat orang anknya sedang menaiki kereta kabel sambil menikmati pemandangan sekitar lokasi tanah tinggi berkenaan.

Namun begitu, dia kelihatan berbeza berbanding sebelum ini apabila memakai tudung bawal berwarna biru sambil mendukung ank bongsunya sekali gus mengundang perhatian ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@fizzalmyofficialfc)

Meninjau ke ruangan k0men, rata-rata netizen meninggaIkan pujian terhadap penampilan bertudung digayakan Almy yang dilihat semakin cantik dan berseri.

Malah, terdapat juga segelintir individu mendoakan aktres filem Dunia Baru itu agar kekal istiqamah dalam mengenakan hijab.

Sementara itu, sebuah p0sting di lnstagram milik Almy beberapa hari lalu turut memperlihatkan dia memakai hijab sewaktu melakukan panggilan video bersama anknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Almy Nadia Aminuddin Shah itu belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penampilan tersebut.

Sumber: lnstagram FizzAlmy & Almy Nadia, omm

Be the first to comment on "[VlDEO] “Cantik & Makin Berseri” Tampil Berhijab, Ramai Doakan Almy Nadia Kekal Istiqamah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*